Monday, May 4, 2009

Kajian dan bacaan

Sememangnya setiap manusia mempunyai sifat ingin tahu. Dari sifat inilah manusia mengkaji setiap peristiwa dan keadaan sekelilingnya. Manusia membuat kajian mengikut minat dan pengalaman masing-masing. Maka lahirlah perbezaan fikrah, idealogi dan fahaman yang menyebabkan perpecahan di kalangan manusia.

Islam bukan hanya agama untuk akhirat semata-mata. Islam adalah sebagai ad-deen (cara hidup) kepada manusia.

Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah kitab al-Quran yang Kami telah jelaskan satu persatu berdasarkan pengetahuan Kami yang meliputi segalanya untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang yang (mahu) beriman".
(Al A'raaf - ayat 52)

Beberapa garis panduan Islam agar menggalakkan umatnya mengkaji dahulu setiap penerimaan berita.

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(al-Isra’ 17:36)

Firman Allah swt di dalam surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud:

'Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki ia (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan'.

Juga hadis Rasulullah s.a.w:
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"
-Sahih Muslim-

Oleh sebab itu aku mulai sedar tanpa ilmu dan kajian, aku akan mudah terpengaruh dan sesat di akhir zaman ini. Sejak dulu lagi aku mempunyai minat terhadap sejarah peradaban dunia, sirah ketamadunan Islam dan sejarah tempatan. Aku mempunyai koleksi buku-buku berkenaan sejarah. Antaranya di dalam gambar-gambar yang aku tunjukkan di dalam artikel ini.

Aku mula membaca kitab-kitab sirah nabawiyah ketika sekolah rendah lagi. Atas kesedaran pentingnya kajian, kini aku mempunyai kitab-kitab sirah berkenaan zaman ketamadunan Islam, perjuangan harakah Islamiyah dan perjuangan tokoh-tokoh Islam yang masih hidup atau para syuhada yang telah syahid.


Selain ini aku juga membaca, mengkaji dan memahami buku-buku fahaman nasionalisme. Ternyata ia menggalakkan kita kepada semangat assobiyah. Dengan menidakkan hak-hak masyarakat bukan pribumi dan meletakkan ketuanan terhadap sesuatu bangsa berbanding bangsa lain. Mementingkan sesuatu bangsa berbanding bangsa lain.

Sabda Rasulullah s.a.w

"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah,bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar asobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar asobiyyah."

Sabdanya lagi di dalam hadith lain yang bermaksud:

"Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaum (bangsa) mu di atas dasar kezaliman."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

0 comments:

Post a Comment