Tak Sangka Viral

Kenangan short film sempena bulan Ramadhan yang jadi viral dalam facebook. Siput apa? siput babi lah Bahar

7 hari atas kapal belayar

Pengalaman buat video korporat atas kapal kontena selama 7 hari di tengah laut China Selatan

Nama Masuk TV

Kerja untuk channel Hikmah HyppTV. sebagai editor video rancangan Tv untuk disiarkan ke dalam HyppTV

Ketenangan di Janda Baik

Buat rakaman video kursus di Janda baik, Pahang. Sejuk bangat di sini. Tapi tak sempat mandi sungai sana. Lagi sejuk

Terdasyat! Buat rakaman siaran langsung untuk talk motivasi

First time guna MCP. Hanya ada seminggu sebelum majlis untuk belajar pasang dan guna MCP ni.

Sunday, December 20, 2009

Pengalaman solat di imamkan oleh Yusuf Al-Qaradawi






Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M peringkat Kebangsaan hari ini. Tokoh Maal Hijrah adalah anugerah tahunan Kerajaan Malaysia. Beliau telah dijemput hadir memberikan syarahan oleh Kerajaan Negeri Selangor di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Untuk terus ke laman web tokoh ini boleh click pada link ini: http://www.qaradawi.net/

mantan mufti, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin juga amat mengagumi ketokohan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi ini sehingga beliau menceritakan perihalnya dalam tulisan mingguannya di dlm blognya, Minda Tajdid.

Aku juga tidak melepaskan peluang untuk bersama menghadirkan diri di masjid Shah Alam untuk mendengar syarahan ulama' tersohor dunia ini yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia. Kebetulan pula aku ingin ke Low Yat bersama seorang rakan dari Kuala Pilah.
Detik yang amat bersejarah bagi aku dapat solat berjemaah yang diimamkan oleh tokoh ulama' ini.



Dr Yusuf tiba kira-kira jam 7 petang bersama pemimpin-pemimpin Selangor dan diiringi Penasihat Ekonomi Selangor.
Pada awal syarahannya, beliau menceritakan pengalaman pertamanya berkunjung ke Malaysia pada tahun 1974 atas pelawaan dan hubungan rapatnya dengan Presiden ABIM ketika itu. Kini sekali lagi beliau di jemput oleh individu yang sama yang kini memegang jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.

Beberapa kelainan Dr Yusuf ketika itu:

1. Syaikh Yusuf Qaradawi menjadi imam solat maghrib. Beliau membaca Surah al-Fatihah dengan membaca bismillah perlahan. Kemudian juga beliau tidak berzikir dan berdoa kuat selepas solat.

2. Selepas azan Isya’ dilaungkan beliau berdoa (doa selepas azan) tanpa menadah tangan.

untuk maklumat lanjut tentang syarahan beliau sila baca di dalam laporan akhbar online Malaysiakini