Sunday, July 5, 2009

Main Paintball Kat Bukit Putus



Ade yang x pernah main paintball? Try la sekali mesti nak lagi hehe.

Tarikh 12 Rejab 1430 bersamaan 5 July 2009 hari Ahad aku dengan rakan-rakan kampung Parit main paintball. Gelanggang paintball terletak di Star Fresh Agro Park berdekatan kaki Bukit Putus, Seremban.

Janjinya berkumpul pada pukul 8.30 a.m tapi aku sampai pukul 10 a.m sebab salah bace message yang diberi. Nasiblah semua sporting. Sebenarnya pukul 10 a.m sepatutnya semua dah berkonvoi ke sana. Tapi akibat ada yang masih lewat kerena sebab-sebab tertentu ditambah lagi dengan hujat lebat. Kesudahannya kami bertolak pada pukul 12 p.m.Setibanya di sana, kami tunggu lagi beberapa rakan lain yang masih belum sampai. Sempat minum teh panas lagi. Memang sedap minum teh panas masa hujan lebat. Sambil itu kami semua tengok persiapan peralatan permainan paintball yang dilakukan oleh marshall.

Bila dah cukup semua orang, kami pun mula membahagi-bahagi kumpulan. Kami dibahagi kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan ada 5 orang.

Aku sempat bermain 2 kali pusingan sebab kumpulan aku menang game pertama. Tapi yang amat mengecewakan aku, kepala aku ditembak setiap game sebelum aku dapat tembak sesiapa pun. Memang aku x berbakat dalam paintball agaknya.

Paintball di Star Fresh Agro Park ini dikira untuk setiap 50 peluru akan di cas RM30. Jadi terpaksalah main ramai-ramai.

Sorrylah video tak dapat nak ambil sebab main dalam hujan. Gambar peluru paintball ni aku ada tunjukkan

3 comments:

  1. ala setakat peluru, baik tak yah..haha.. nak main gak satu hari nnt..=)

    ReplyDelete
  2. lor.. ok la tu.. nak ambik mase main xde org leh ambikkan

    ReplyDelete
  3. gua dah main biru gua punya badan kena tembak...

    main pun sbb g team building je

    ReplyDelete