Tak Sangka Viral

Kenangan short film sempena bulan Ramadhan yang jadi viral dalam facebook. Siput apa? siput babi lah Bahar

7 hari atas kapal belayar

Pengalaman buat video korporat atas kapal kontena selama 7 hari di tengah laut China Selatan

Nama Masuk TV

Kerja untuk channel Hikmah HyppTV. sebagai editor video rancangan Tv untuk disiarkan ke dalam HyppTV

Ketenangan di Janda Baik

Buat rakaman video kursus di Janda baik, Pahang. Sejuk bangat di sini. Tapi tak sempat mandi sungai sana. Lagi sejuk

Terdasyat! Buat rakaman siaran langsung untuk talk motivasi

First time guna MCP. Hanya ada seminggu sebelum majlis untuk belajar pasang dan guna MCP ni.

Wednesday, April 27, 2011

Wacana ilmiah: Kegemilangan Andalusia, Era Keemasan Islam




الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ والصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَاصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ


Terima kasih di atas kesudian al-fadhil Ustaz Rosli bin Mokhtar pensyarah di Jabatan Syariah, Akademi Islam, KUIS dan En.Md Ridzal bekas pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, KUIS yang dijemput memberi ceramah pada 15 April 2011 yang lepas. Juga kepada Puan Asrina Suriani Md Yunus, pensyarah kami untuk subjek Philosophy of Science and Muslim Technocrat yang memberi peluang kepada kami menguruskan wacana ilmu ini.
Dekan-dekan fakulti yang dihormati, Para pensyarah yang dikasihi, Rakan-rakan pelajar ijazah dan diploma KUIS kerana memberi kerjasama melancarkan urusan program ini. Tidak lupa kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan جزاك اللهُ خيراً semoga Allah membalas jasa anda dengan balasan yang baik kerana sudi meramaikan majlis ini.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia serta inayatnya dapat kita berkumpul bersama-sama meramaikan wacana ilmiah bertajuk Kegemilangan Andalusia, Era Keemasan Islam.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,

Di atas kesempatan ini, ingin saya menceritakan serba sedikit tentang perjalanan dan tujuan majlis ini diadakan. Acara utama majlis ini ialah, seperti sedia maklum, ustaz Rosli akan menerangkan dari mula hingga akhir berkenaan sejarah ketamadunan Andalusia. Diikuti dengan sedikit pengenalan komik  pemberian sedikit cenderahati kenangan. Dan diakhiri dengan jamuan ringkas untuk jemputan khas. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha yang dicurahkan ini, kami akan dapat mendedahkan kembali sejarah umat Islam yang pernah bertapak di benua Eropah selama 805 tahun.

Berikut adalah sebahagian kecil ucapan aku ketika diberi peluang menjadi pengarah program wacana ilmiah yang dijalankan di Dewan Kuliah IT, KUIS pada semester pendek yang lepas. Wacana ini sempat diumumkan dahulu oleh nazir masjid al-Azhar KUIS sebelum khutbah Jumaat. ade sedikit gambar yang bole upload kat sini. selebihnya ada dalam facebook aku. Untuk video pulak, masih dalam proses untuk transfer daripada tape ke dalam cd.