Tak Sangka Viral

Kenangan short film sempena bulan Ramadhan yang jadi viral dalam facebook. Siput apa? siput babi lah Bahar

7 hari atas kapal belayar

Pengalaman buat video korporat atas kapal kontena selama 7 hari di tengah laut China Selatan

Nama Masuk TV

Kerja untuk channel Hikmah HyppTV. sebagai editor video rancangan Tv untuk disiarkan ke dalam HyppTV

Ketenangan di Janda Baik

Buat rakaman video kursus di Janda baik, Pahang. Sejuk bangat di sini. Tapi tak sempat mandi sungai sana. Lagi sejuk

Terdasyat! Buat rakaman siaran langsung untuk talk motivasi

First time guna MCP. Hanya ada seminggu sebelum majlis untuk belajar pasang dan guna MCP ni.

Friday, September 18, 2009

Lagu raya baru best! gempak giler!

MUST SEE!!
Lagu raya baru best! gempak giler! hujan feat raihan..

Photobucket

Lagu ini megisahkan tentang keinsafan seorang anak terhadap ayah dan ibunya yang bersusah payah menyediakan persedian di hari raya demi membahagiakan anak-anak mereka. Namun di sebalik kegembiraan anaknya menyambut hari raya dengan baju baru dan sebagainya, kedua ibu bapanya terpaksa berkorban untuk mencari wang dalam menyediakan kelengkapan raya. Setelah dewasa barulah si anak memahami bahawa betapa peritnya ayah dan ibu berkorban demi melihat anak-anak yang tersayang bergembira di hari lebaran. Walau apa pun cara yang dilakukan untuk membalas jasa orang tuanya, ia tidak mampu membayar segala titik peluh yang telah dikeluarkan olah si ibu dan ayah. Hanya doa dan harapan moga Allah sahajalah yang berkuasa membalas segala pengorbanan ibubapanya.

Lagu ini telah dirakamkan di Studio AG, Cheras manakala mixing dikendalikan oleh Greg Anderson dan mastering oleh LC Toh. sila tontoni klip video rasmi lagu ini:


http://www.youtube.com/watch?v=s_sjxVZp07I

Wednesday, September 16, 2009

Menyambut Kemenangan pada 1 Syawal

Salam Aidul Fitri pada tahun 1430 Hijrah..


Setelah sebulan berpuasa pada siang hari dan menghidupkan malam sepanjang Ramadhan dengan ibadat solat sunat terawih, kini tibalah sambutan utk merayakan kejayaan.. Kejayaan beribadat pada bulan Ramadhan.. Sambutan pada 1 Syawal ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Lebaran Hari Raya Fitrah atau Hari Raya Aildil Fitri..
Ibn al-Arabi menyebut: ‘‘Hari Raya disebut eid kerana hari itu akan sentiasa muncul pada setiap tahun dan membawa kegembiraan baru.’’
Fitri atau fitrah pula bermakna sedia kala atau bersifat asal. Maka Hari Raya Aidilfitri ialah salah satu dari hari kebesaran umat Islam yang disambut tanggal 1 Syawal setiap tahun setelah berjaya menyempurnakan ibadat sepanjang Ramadan dan kembali kepada fitrah, iaitu dibenarkan makan serta minum.’’

Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan apabila ia ditetapkan melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Kebiasaannya pada malam raya aku pergi bertakbir di masjid selepas solat Isya'.. Paling seronok menyalakan pelita di sekeliling rumah.. Menggantung baju melayu raya yang akan dipakai pada pagi raya keesokkan harinya..

Selesai solat Subuh aku mandi sunat hari raya dan bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat hari raya.. Sebelum pergi ke masjid disunatkan juga untuk bersarapan pagi (biasanya menjamah lemang dan rendang masakan bonda.. raya kali ini pakai baju melayu warna hijau muda gelap..

Masjid Jamek Kuala Pilah adalah masjid aku bersolat sunat hari raya Aidilfitri.. pada bulan puasa aku menunaikan solat sunat terwaih di masjid ini juga.. untuk panduan solat sunat hari raya aidilfitri boleh lihat di sini: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut hari raya itu ialah menunaikan sembahyang sunat Hari Raya. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya :

"Dari Al-Barahi ia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya) ialah sembahyang". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)


Balik dari masjid, kami sekeluarga akan bermaaf-maafan.. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Bagi memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri, sudah setentunya amalan ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi kaum keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai semata-mata untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

Dalam merayakan Hari Raya Aidilfitri ini, elakkanlah keraian ini dari dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak dan berdosa, antaranya bersalaman dengan bukan muhrim, memakai pakaian yang mendedahkan aurat, menghidangkan benda-benda haram dan sebagainya. Perbuatan sedemikian tidak mendatangkan berkat tetapi akan mencemarkan erti sebenar kedatangan Hari Raya Aidilfitri itu di samping mendatangkan dosa dan menyebabkan kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Akhirnya marilah kita sama-sama merayakan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang ini dengan mentaati apa yang telah diajarkan oleh agama Islam. Mudah-mudahan ibadat puasa Ramadhan dan segala amal ibadat yang kita kerjakan selama ini diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat rahmat dan keberkatan serta keampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 133 tafsirnya :

"Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa".

Di atas kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada keluarga tercinta, rakan-rakan taulan dan kepada sesiapa yang mengenali diri ini.. ampun maaf sekiranya ada kesalahan yang aku lakukan secara tidak sengaja atau yang sengaja hehehe... maaf zahir dan batin.. 0-0

Kepada mereka yang menghantar Kad hari raya dan juga ucapan SMS hari raya, terima kasih banyak-banyak, tak sempat membalas kesemuanya!

Sunday, September 13, 2009

Program fav sempena Ramadhan

Seperti biasa, bila tiba bulan Ramadhan, banyak stesen TV menayangkan program-program yang bercorak dakwah Islamiah.. Antara program-program TV favourite aku dalam bulan Ramadhan..

Drama Nur Kasih
TV3 setiap jumaat 9 malam

click sini: http://www.tv3.com.my/nurkasih/sinopsis.asp






Cinta Sempurna
ASTRO OASIS 106 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 3 petang. Siaran ulangannya akan ke udara pada jam 10 malam dan 4:30 pagi.

click sini: http://oasis-cintasempurna.blogspot.com/





Qamar Bani Hashim

Astro Oasis setiap jam 6.00pm Isnin-Jumaat dan ulangannya adalah setiap 2 petang keesokan harinya.



selamat menonton...