Tak Sangka Viral

Kenangan short film sempena bulan Ramadhan yang jadi viral dalam facebook. Siput apa? siput babi lah Bahar

7 hari atas kapal belayar

Pengalaman buat video korporat atas kapal kontena selama 7 hari di tengah laut China Selatan

Nama Masuk TV

Kerja untuk channel Hikmah HyppTV. sebagai editor video rancangan Tv untuk disiarkan ke dalam HyppTV

Ketenangan di Janda Baik

Buat rakaman video kursus di Janda baik, Pahang. Sejuk bangat di sini. Tapi tak sempat mandi sungai sana. Lagi sejuk

Terdasyat! Buat rakaman siaran langsung untuk talk motivasi

First time guna MCP. Hanya ada seminggu sebelum majlis untuk belajar pasang dan guna MCP ni.

Wednesday, April 27, 2011

Wacana ilmiah: Kegemilangan Andalusia, Era Keemasan Islam




الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ والصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَاصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ


Terima kasih di atas kesudian al-fadhil Ustaz Rosli bin Mokhtar pensyarah di Jabatan Syariah, Akademi Islam, KUIS dan En.Md Ridzal bekas pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, KUIS yang dijemput memberi ceramah pada 15 April 2011 yang lepas. Juga kepada Puan Asrina Suriani Md Yunus, pensyarah kami untuk subjek Philosophy of Science and Muslim Technocrat yang memberi peluang kepada kami menguruskan wacana ilmu ini.
Dekan-dekan fakulti yang dihormati, Para pensyarah yang dikasihi, Rakan-rakan pelajar ijazah dan diploma KUIS kerana memberi kerjasama melancarkan urusan program ini. Tidak lupa kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan جزاك اللهُ خيراً semoga Allah membalas jasa anda dengan balasan yang baik kerana sudi meramaikan majlis ini.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia serta inayatnya dapat kita berkumpul bersama-sama meramaikan wacana ilmiah bertajuk Kegemilangan Andalusia, Era Keemasan Islam.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,

Di atas kesempatan ini, ingin saya menceritakan serba sedikit tentang perjalanan dan tujuan majlis ini diadakan. Acara utama majlis ini ialah, seperti sedia maklum, ustaz Rosli akan menerangkan dari mula hingga akhir berkenaan sejarah ketamadunan Andalusia. Diikuti dengan sedikit pengenalan komik  pemberian sedikit cenderahati kenangan. Dan diakhiri dengan jamuan ringkas untuk jemputan khas. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha yang dicurahkan ini, kami akan dapat mendedahkan kembali sejarah umat Islam yang pernah bertapak di benua Eropah selama 805 tahun.

Berikut adalah sebahagian kecil ucapan aku ketika diberi peluang menjadi pengarah program wacana ilmiah yang dijalankan di Dewan Kuliah IT, KUIS pada semester pendek yang lepas. Wacana ini sempat diumumkan dahulu oleh nazir masjid al-Azhar KUIS sebelum khutbah Jumaat. ade sedikit gambar yang bole upload kat sini. selebihnya ada dalam facebook aku. Untuk video pulak, masih dalam proses untuk transfer daripada tape ke dalam cd. 


























Wednesday, September 15, 2010

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor


Semester pertama kat KUIS.. dari bulan Jun (3rd intake) sampai bulan September 2010..
dalam course baru, Bachelor of Information Technology (Multimedia) (Horns)..

Macam2 benda baru aku blajar.. selain subjek multimedia, kat KUIS ada subjek-subjek Islami, hafazan (hafal 30 surah lazim untuk  1st semester), arabic language, usrah, dll..

ramai yang tanya, kenapa tukar course.. dari civil engineering ke multimedia..
saje luaskan ilmu.. boleh pelbagaikan bidang.. engineering blajar smpai diploma cukup untuk bussiness..


Tuesday, May 18, 2010

Invitation AFOS Car Club Gathering

















antara club2 kete yg sertai gath AFOS ni :




Panas terik, bahang, jalan sesak, haus, hampir2 tak dapat masuk tapi puas hati..
Konvoi ke Asian Festival Of Speed (AFOS) Car Club Gathering @ Sepang International Circuit (SIC) dengan 30 buah kete dari Club KembaraNautica (KN) ...

Untuk report dan gambar2 selanjutnye, sila click sini:
http://kembaranautica.com/forum/index.php/topic,3277.0.html

dlm Traffic Megazine pun ade: Traffic Megazine

Monday, May 17, 2010

Kete kuar workshop, pasang ....







Lepas kuar workshop aritu, dgn bumper depan baru, grill baru, lampu baru, spotlight baru, intercooler baru.. sume claim insurans RM 7***..
Pasang sport rim 17, 10 btg, 5 holes.. tayar 215, 17, 55.. semua baru, RM 2***..
keje last minit sebelum ke AFOS SIC aritu..

Wednesday, April 21, 2010

Konvo lagi di PD









Majlis Konvokesyen Kedua aku pada 20 hingga 23 April 2010 yang lepas di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson.

Tahun 2006 aku konvo untuk Sijil Kejuruteraan Awam tapi kali aku konvo untuk Diploma Kejuruteraan Awam.

Terima kasih pada rakan-rakan yg hadir dan yg sms dan call aku bagi ucapan tahniah. Maaf pd rakan2 yang aku x sempat jumpa dan reply sms sbb bateri buat handphone buat hal dlm dwan masa tu. Dan tahniah pada rakan-rakan yang sama konvo dengan aku.