Tak Sangka Viral

Kenangan short film sempena bulan Ramadhan yang jadi viral dalam facebook. Siput apa? siput babi lah Bahar

7 hari atas kapal belayar

Pengalaman buat video korporat atas kapal kontena selama 7 hari di tengah laut China Selatan

Nama Masuk TV

Kerja untuk channel Hikmah HyppTV. sebagai editor video rancangan Tv untuk disiarkan ke dalam HyppTV

Ketenangan di Janda Baik

Buat rakaman video kursus di Janda baik, Pahang. Sejuk bangat di sini. Tapi tak sempat mandi sungai sana. Lagi sejuk

Terdasyat! Buat rakaman siaran langsung untuk talk motivasi

First time guna MCP. Hanya ada seminggu sebelum majlis untuk belajar pasang dan guna MCP ni.

Showing posts with label Pengalamanku. Show all posts
Showing posts with label Pengalamanku. Show all posts

Saturday, June 13, 2009

Pengalaman Di SIC


Aku berkonvoi ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 6 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 31 Mei 2009. Program ini atas jemputan pihak SIC kepada beberapa club kereta yang terpilih. kembaranautica tersenarai dalam jemputan SIC tersebut. Memandangkan pada tahun lepas kembaranautica telahpun mennyertai AFOS 2008.

Pada hari berkenaan SIC sedang menganjurkan Asian Festival Of Speed (AFOS) Satu program lumba kereta peringkat Asia. Penganjuran ini berlangsung selama 3 hari. Bermula dengan sesi kelayakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Berakhir dengan perlumbaan sebenar pada hari Ahad.

Seperti sedia maklum, pihak AFOS telah menyediakan ruang untuk kita mempamerkan kenderaan masing-masing dihadapan Grand Stand Litar F1 Sepang. Sebanyak

Keistimewaan yang diberikan :

1. Pit Walkabout (boleh masuk dlm pitwork,melihat jentera2 perlumbaan)
2. Rooftop & paddock hospitality (baru bagi tahun 2009)
3. Makan percuma di dalam pitwork SIC

Acara Sampingan :
1. GRA Autocross
2. Rally X-Ride-Along
3. ICE Competition
4. DJ Spinning Music on Capital FM

Bawah ni video convoy KN di sepang:

Monday, May 4, 2009

Kajian dan bacaan

Sememangnya setiap manusia mempunyai sifat ingin tahu. Dari sifat inilah manusia mengkaji setiap peristiwa dan keadaan sekelilingnya. Manusia membuat kajian mengikut minat dan pengalaman masing-masing. Maka lahirlah perbezaan fikrah, idealogi dan fahaman yang menyebabkan perpecahan di kalangan manusia.

Islam bukan hanya agama untuk akhirat semata-mata. Islam adalah sebagai ad-deen (cara hidup) kepada manusia.

Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah kitab al-Quran yang Kami telah jelaskan satu persatu berdasarkan pengetahuan Kami yang meliputi segalanya untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang yang (mahu) beriman".
(Al A'raaf - ayat 52)

Beberapa garis panduan Islam agar menggalakkan umatnya mengkaji dahulu setiap penerimaan berita.

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(al-Isra’ 17:36)

Firman Allah swt di dalam surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud:

'Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki ia (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan'.

Juga hadis Rasulullah s.a.w:
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"
-Sahih Muslim-

Oleh sebab itu aku mulai sedar tanpa ilmu dan kajian, aku akan mudah terpengaruh dan sesat di akhir zaman ini. Sejak dulu lagi aku mempunyai minat terhadap sejarah peradaban dunia, sirah ketamadunan Islam dan sejarah tempatan. Aku mempunyai koleksi buku-buku berkenaan sejarah. Antaranya di dalam gambar-gambar yang aku tunjukkan di dalam artikel ini.

Aku mula membaca kitab-kitab sirah nabawiyah ketika sekolah rendah lagi. Atas kesedaran pentingnya kajian, kini aku mempunyai kitab-kitab sirah berkenaan zaman ketamadunan Islam, perjuangan harakah Islamiyah dan perjuangan tokoh-tokoh Islam yang masih hidup atau para syuhada yang telah syahid.


Selain ini aku juga membaca, mengkaji dan memahami buku-buku fahaman nasionalisme. Ternyata ia menggalakkan kita kepada semangat assobiyah. Dengan menidakkan hak-hak masyarakat bukan pribumi dan meletakkan ketuanan terhadap sesuatu bangsa berbanding bangsa lain. Mementingkan sesuatu bangsa berbanding bangsa lain.

Sabda Rasulullah s.a.w

"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah,bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar asobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar asobiyyah."

Sabdanya lagi di dalam hadith lain yang bermaksud:

"Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaum (bangsa) mu di atas dasar kezaliman."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Saturday, April 18, 2009

Seorang Aktivis

Setelah 23 tahun hidup akhirnya aku menjadi seorang yang agak aktif.

Bermula dengan penglibatan sebagai ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) pada tahun 2004. Aku telah terlibat dalam beberapa kursus yang di anjurkan PKMM untuk meningkatkan kualiti dan pemahaman aku dalam kerjaya.

Di samping itu aku menyertai Kelab Rakan Muda Kuala Pilah. Selepas itu aku beralih kepada sebuah kelab sukan bermotor iaitu VViP Motorsports tajaan Belia Rakan Muda Kuala Pilah.

Melalui PKMM & VViP inilah aku mula bercampur dengan rakan-rakan yang lebih matang dan bekerjaya...
Dari sini aku mula berminat pula menyertai jemaah-jemaah Islam.. Antaranya adalah seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan lain-lain.. Lanjutan cerita mengenai jemaah Islam ini akan diceritakan pada posting yang akan datang...


Galakan perjuangan berjemaah berteraskan Islam adalah bersandarkan dari Umar Al-Khattab r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,

”Barangsiapa di antara kamu yang menginginkan syurga,hendaklah dia melazimkan diri (menyertai) jemaah,kerana syaitan selalunya suka dengan orang perseorangan,dan selalu menjauhkan diri dari kumpulan orang berdua ke atas”

Berbalik kepada kelab sukan bermotor yang aku sertai... Rakan-rakan dari kelab inilah yang setia dengan kelab ini atas semangat kesukanan tanpa mengira perbezaan idealogi... Banyak aku belajar daripada kelab VViP ini antaranya ialah konvoi kereta sambil beramal dengan membantu dan bersama golongan susah seperti anak yatim dan rakyat miskin, juga autoshow kereta... Program autoshow banyak memperkenalkan aku dengan kelab-kelab kereta lain seperti Akaido dan Kembaranautica...


Akhir-akhir ini aku juga telah menyertai Kembaranautica untuk meningkatkan kualiti kembara aku sendiri...


Saturday, February 7, 2009

Isi Blog Ini

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi melalui keizinan-Nya telah menganugerahkan fikrah dan cetusan idea untuk menghasilkan blog ini. Terima kasih juga kepada kenalan yang membantu mencipta blog ini..

Blog ini akan diisi dengan artikel-artikel mengenai Islam sebagai memenuhi kewajiban seorang muslim, mengenai kisah-kisah hidup penulis yang boleh dikongsi dan juga mengenai perkembangan isu-isu semasa untuk pengetahuan am agar kita tidak ketinggalan dan kolot..

Segala artikel di dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis berdasarkan sumber-sumber yang dinyatakan mengikut tajuk artikel tersebut..