Tak Sangka Viral

Kenangan short film sempena bulan Ramadhan yang jadi viral dalam facebook. Siput apa? siput babi lah Bahar

7 hari atas kapal belayar

Pengalaman buat video korporat atas kapal kontena selama 7 hari di tengah laut China Selatan

Nama Masuk TV

Kerja untuk channel Hikmah HyppTV. sebagai editor video rancangan Tv untuk disiarkan ke dalam HyppTV

Ketenangan di Janda Baik

Buat rakaman video kursus di Janda baik, Pahang. Sejuk bangat di sini. Tapi tak sempat mandi sungai sana. Lagi sejuk

Terdasyat! Buat rakaman siaran langsung untuk talk motivasi

First time guna MCP. Hanya ada seminggu sebelum majlis untuk belajar pasang dan guna MCP ni.

Monday, November 30, 2009

Gempa Bumi di Kuala Pilah ??!

Macam tak percaya je rumah aku di landa gempa bumi.. adakah K.Pilah terletak dalam area kemungkinan berlaku gempa bumi?
adakah jambatan-jambatan jalan baru bukit putus akan retak?
adakah menara tertinggi (bangunan Tabung Haji) Kuala Pilah akan runtuh?
adakah jejantas pejalan kaki kuala pilah akan retak?
atau adakah projek bangunan sekolah MNi Contructions SDN BHD di talang akan runtuh??!
sama-sama kita saksikan hahahaha..
nak tahu sejauh mana kesahihannya, sila tengok sendiri dalam berita-berita di bawah:


Malaysiakini


Sinar Harian


MStar


free malaysia today


Harian Metro

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha




Kepada makteh dan pakteh yang sedang menunaikan haji di tanah suci Mekah, semoga mendapat haji mabrur.. selepas ni dah bergelar Haji dan hajjah..

وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ اِلاَّ الْجَنَّةُ
“Haji mabrur itu tidak ada balasannya kecuali surga.” (riwayat: al-Bukhari)

laungan ‘Labbaik Allahumma Labbaik’ (Ya Allah aku datang memenuhi panggilan-Mu) iaitu menandakan setiap jemaah berasa diri mereka bertuah kerana menjadi sebahagian daripada jutaan umat yang terpilih menjadi tetamu pilihan Allah.

Selamat bercuti dan selamat menjalani ibadah korban. Sape yang balik kampung tu bawa la kereta baik-baik. Jangan nak merempit..ingatlah orang yang tersayang...hehehe

Tuesday, November 17, 2009

DAY TRIP BBQ @ PORT DICKSON



















Tarikh : 15th NOV 2009
Masa : 0900hrs
Lokasi : PANTAI PORT DICKSON(BLUE LAGOON)

Ahli-ahli yang hadir

1. K3VE
2. AcidTerios & Mamarockz
3. Izzow_69
4. Langit30 dan keluarga
5. BlossomLGT
6. Abert
7. Nash (aku)
8. Rajawali akak fidoz & rakan2
9. Boy

p/s: aku bg pihak rakan2 semua ingin mngucapkan ribuan terima kasih terhadap pokde ats pemberian bekalan minuman utk kami hari ni dan terima kasih juga utk cenderahati yg diberikan oleh pokde kpd kami.

Aktiviti kali ini berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kelewatan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang hadir pada 15 NOV 2009 dan menjayakan aktiviti kali ni . Dari Tol Sg Besi bergerak ke port dickson menikmati suasana laut disana sambik ber'picnic' . Konvoi bersurai pada jam 1700 .
Insyaallah selepas ini akan menyusul lagi aktiviti-aktiviti lain dan perbincangan akan dijalankan dari masa ke semasa.
Gambar2 sepanjang aktiviti di atas.......

Sunday, November 8, 2009

Selepas 61 tahun menanti








Puas hati dapat tengok Negeri Sembilan menang bergaya mengalahkan Kelantan 3-1 dalam final Piala Malaysia selepas 61 tahun menanti..

Tapi seperti kebiasaan yg berlaku di mana-mana stadium mercun sangat-sangat berleluasa.. FRU dilihat x bertindak pantas seperti mengekang demonstrasi di ibu kota.. tiada semburan water canon dilakukan walaupun penyokong bertindak ganas membakar kerusi dan melancarkan mercun yang membahayakan penonton lain..

Tahniah kepada skuad bola n9.. harap n9 menjadi pasukan bola yang digeruni selepas ini :p
mungkin kemenangan ni boleh dikatakan hadiah kepada YDP N9 yang baru, Tuanku Mukhriz.. Daulat Tuanku!

Friday, November 6, 2009

Al-Fatihah



Pemergian orang tertua dalam keluarga.. arwah moyang baru sahaja selamat dikebumikan sebelum maghrib td.. meninggal dunia pada hari ini bersamaan dgn hari jumaat 6 November 2009.. pukul 1 tghhari ketika org solat jumaat di masjid.. sempat juga aku membantu menyediakan barang-barang keperluan untuk jenazah arwah moyang.. semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh

Wednesday, November 4, 2009

Jalan Baru Kuala Pilah - Seremban












Penantian berpuluh tahun penduduk kampungku Kuala Pilah akhirnya terlaksana..
Pembukaan jalan baru yang menghubungkan Kuala Pilah dengan Seremban, ibu negeri N.Sembilan amat dihargai.. Selepas pelbagai kontroversi dan spekulasi berkenaan pembinaan jalan baru itu akhirnya ia siap dibina juga..

Bertahun-tahun penduduk dari selatan negeri Sembilan dan utara negeri Sembilan menggunakan jalan lama yang direntangi selekoh maut.. banyak nyawa terkorban.. aku sendiri pernah jatuh motor di situ.. alhamdulillah masih selamat..

lagi info: click sini

Wednesday, October 7, 2009

Lagu fav Mensyukuri Syawal : MUH feat L. Danielle



Meet Uncle Hussain / L. Danielle

lirik Mensyukuri Syawal :

Nanana…

Allah allah allahuakbar
segala puji hanya bagimu
Alhamdulillah kalimah syukur
ke atas nikmatnya aku berhari raya

salah silap ampun dan maaf
sesal aku keinsafan
ku tidak sempurna

fitrah disusuli takbir
menyambut syawal hari mulia
syawal menutup ramadan
laungan takbir terus bergema
(lirik di http://liriksemualagu.blogspot.com)

pulanglah anak rantau
kerana aku pernah terleka
pernah terlupa ayah dan bonda
allah ampunkan dosa mereka di sana

salah silap ampun dan maaf
sesal aku keinsafan
ku tidak sempurna

fitrah disusuli takbir
menyambut syawal hari mulia
syawal menutup ramadan
laungan takbir terus bergema

fitrah disusuli takbir (berikanlah aku petunjuk)
menyambut syawal hari mulia (berikanlah aku hidayah mu)
syawal menutup ramadan (mudahkanlah hidupku)
laungan takbir terus bergema (lapangkanlah dadaku)

allah allahu akbar
segala puji hanya bagimu
Alhamdulillah kalimah syukur
segala puji hanya bagimu

download mp3 lagu ni kat sini

Saturday, October 3, 2009

Gambar Konvoi Hari Raya














Alhamdulillah, hasil kerjasama member-member poly dulu berjaya sempurnakan konvoi hari raya.. konvoi pada hari raya ke 4.. Konvoi rumah-rumah kat Negeri Sembilan saja.. Tak mampu nak gi jauh-jauh.. maaflah ye..

Bermula dengan berkumpul di rumah sewa Ajib kat Coral Height, Sikamat.. rumah Mas kat Sikamat jugak, rumah Mambau (kat Mambau la) dan rumah Hishamudin kat Ampangan..

Selesai 3 buah rumah di Seremban kitorg bergerak pula ke rumah-rumah kat Kuala Pilah..
Mula dengan rumah Topek, rumah Sam (kat rumah Sam ni sempat jumpa Pian dari Melaka), pastu ke rumah aku dan rumah orang baru bertunang Shamsinar.. Last skali rumah Ajib kat Pasoh 3..

atas ni ade gambar-gambar yang sempat di ambil masa tu

Friday, September 18, 2009

Lagu raya baru best! gempak giler!

MUST SEE!!
Lagu raya baru best! gempak giler! hujan feat raihan..

Photobucket

Lagu ini megisahkan tentang keinsafan seorang anak terhadap ayah dan ibunya yang bersusah payah menyediakan persedian di hari raya demi membahagiakan anak-anak mereka. Namun di sebalik kegembiraan anaknya menyambut hari raya dengan baju baru dan sebagainya, kedua ibu bapanya terpaksa berkorban untuk mencari wang dalam menyediakan kelengkapan raya. Setelah dewasa barulah si anak memahami bahawa betapa peritnya ayah dan ibu berkorban demi melihat anak-anak yang tersayang bergembira di hari lebaran. Walau apa pun cara yang dilakukan untuk membalas jasa orang tuanya, ia tidak mampu membayar segala titik peluh yang telah dikeluarkan olah si ibu dan ayah. Hanya doa dan harapan moga Allah sahajalah yang berkuasa membalas segala pengorbanan ibubapanya.

Lagu ini telah dirakamkan di Studio AG, Cheras manakala mixing dikendalikan oleh Greg Anderson dan mastering oleh LC Toh. sila tontoni klip video rasmi lagu ini:


http://www.youtube.com/watch?v=s_sjxVZp07I

Wednesday, September 16, 2009

Menyambut Kemenangan pada 1 Syawal

Salam Aidul Fitri pada tahun 1430 Hijrah..


Setelah sebulan berpuasa pada siang hari dan menghidupkan malam sepanjang Ramadhan dengan ibadat solat sunat terawih, kini tibalah sambutan utk merayakan kejayaan.. Kejayaan beribadat pada bulan Ramadhan.. Sambutan pada 1 Syawal ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Lebaran Hari Raya Fitrah atau Hari Raya Aildil Fitri..
Ibn al-Arabi menyebut: ‘‘Hari Raya disebut eid kerana hari itu akan sentiasa muncul pada setiap tahun dan membawa kegembiraan baru.’’
Fitri atau fitrah pula bermakna sedia kala atau bersifat asal. Maka Hari Raya Aidilfitri ialah salah satu dari hari kebesaran umat Islam yang disambut tanggal 1 Syawal setiap tahun setelah berjaya menyempurnakan ibadat sepanjang Ramadan dan kembali kepada fitrah, iaitu dibenarkan makan serta minum.’’

Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan apabila ia ditetapkan melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Kebiasaannya pada malam raya aku pergi bertakbir di masjid selepas solat Isya'.. Paling seronok menyalakan pelita di sekeliling rumah.. Menggantung baju melayu raya yang akan dipakai pada pagi raya keesokkan harinya..

Selesai solat Subuh aku mandi sunat hari raya dan bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat hari raya.. Sebelum pergi ke masjid disunatkan juga untuk bersarapan pagi (biasanya menjamah lemang dan rendang masakan bonda.. raya kali ini pakai baju melayu warna hijau muda gelap..

Masjid Jamek Kuala Pilah adalah masjid aku bersolat sunat hari raya Aidilfitri.. pada bulan puasa aku menunaikan solat sunat terwaih di masjid ini juga.. untuk panduan solat sunat hari raya aidilfitri boleh lihat di sini: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut hari raya itu ialah menunaikan sembahyang sunat Hari Raya. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya :

"Dari Al-Barahi ia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya) ialah sembahyang". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)


Balik dari masjid, kami sekeluarga akan bermaaf-maafan.. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Bagi memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri, sudah setentunya amalan ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi kaum keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai semata-mata untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

Dalam merayakan Hari Raya Aidilfitri ini, elakkanlah keraian ini dari dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak dan berdosa, antaranya bersalaman dengan bukan muhrim, memakai pakaian yang mendedahkan aurat, menghidangkan benda-benda haram dan sebagainya. Perbuatan sedemikian tidak mendatangkan berkat tetapi akan mencemarkan erti sebenar kedatangan Hari Raya Aidilfitri itu di samping mendatangkan dosa dan menyebabkan kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Akhirnya marilah kita sama-sama merayakan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang ini dengan mentaati apa yang telah diajarkan oleh agama Islam. Mudah-mudahan ibadat puasa Ramadhan dan segala amal ibadat yang kita kerjakan selama ini diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat rahmat dan keberkatan serta keampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 133 tafsirnya :

"Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa".

Di atas kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada keluarga tercinta, rakan-rakan taulan dan kepada sesiapa yang mengenali diri ini.. ampun maaf sekiranya ada kesalahan yang aku lakukan secara tidak sengaja atau yang sengaja hehehe... maaf zahir dan batin.. 0-0

Kepada mereka yang menghantar Kad hari raya dan juga ucapan SMS hari raya, terima kasih banyak-banyak, tak sempat membalas kesemuanya!