Tak Sangka Viral

Kenangan short film sempena bulan Ramadhan yang jadi viral dalam facebook. Siput apa? siput babi lah Bahar

7 hari atas kapal belayar

Pengalaman buat video korporat atas kapal kontena selama 7 hari di tengah laut China Selatan

Nama Masuk TV

Kerja untuk channel Hikmah HyppTV. sebagai editor video rancangan Tv untuk disiarkan ke dalam HyppTV

Ketenangan di Janda Baik

Buat rakaman video kursus di Janda baik, Pahang. Sejuk bangat di sini. Tapi tak sempat mandi sungai sana. Lagi sejuk

Terdasyat! Buat rakaman siaran langsung untuk talk motivasi

First time guna MCP. Hanya ada seminggu sebelum majlis untuk belajar pasang dan guna MCP ni.

Friday, August 21, 2009

Apa faedahnya berpuasa?


Salam ukhwah fillah..
ahlan wa sahlan ya Ramadhan..
selamat datang Ramadhan..

Tiba lagi bulan yang mulia, bulan penuh berkat dan amal ibadat untuk meningkatkan iman dan taqwa kepada Tuhan Yang Satu, Allah SWT.. Harap rakan-rakan berjaya berpuasa penuh di bulan ini.. Semoga puasa kita semua diredhai..

Amat malang sekali masih ada di kalangan kita yang mengaku Islam walaupun setelah diberi peluang hidup sihat tapi tidak berpuasa..

Ramai yang tidak sedar dan tidak tahu atau tidak mahu menghayati kelebihan ajaran Islam.. mereka menganggap puasa hanyalah satu perbuatan untuk mencari pahala bagi orang-orang alim sahaja.. Nauzubillahi min zalik..


Ta'rif Puasa dan Kelebihannya


Sebenarnya, p
uasa ertinya menahan diri, dan pada syarak maksudnya menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa, mulai dari masa terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat.
Kelebihan atau fadhilat puasa secara umum - sama ada yang wajib atau yang sunat - diterangkan dalam hadith yang berikut:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ. (رواه الترمذي)

Dari Mu'az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?" "Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan, sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api ...

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)

puasa juga menjadi sebab yang membawa kebaikan yang berkesan di dunia ini. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صُومُوا تَصِحُّوا وَسَافِرُوا تَسْتَغْنُوا. (رواه الطبراني)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " .. berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya ..

(Hadith Riwayat Tabrani)

Mengenai puasa Ramadhan secara khusus, diterangkan dalam hadith yang berikut:

( عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صُومُوا تَصِحُّوا وَسَافِرُوا تَسْتَغْنُوا. (رواه الطبراني

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu".

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut huraian Imam Nawawi rahimahullah Amal-amal kebajikan yang menjadi sebab untuk menghapuskan dosa-dosa yang tersebut, maksudnya dosa-dosa kecil Kalau tiada dosa kecil, ia dapat meringankan dosa-dosa besar Kalau tiada dosa-dosa besar, ia dapat meninggikan darjat orang-orang itu di dalam syurga

Berikut ini adalah beberapa amal soleh yang wajib dikerjakan atau sangat dianjurkan dilakukan:

(1). BERPUASA

(2). QIYAMU RAMADHAN YAITU SHALAT TARAWIH

(3). BERSEDEKAH

(a). Memberi makanan

(b). Memberi Makan Orang Berbuka Puasa

(4). BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MEMBACA AL-QUR’AN AL-KARIM, MEMPELAJARI TAFSIRNYA DAN MEMAHAMINYA

(5). TETAP DUDUK DI MASJID SETELAH SOLAT SUBUH BERJAMA’AH SAMPAI TERBIT MATAHARI

(6). I’TIKAF

(7). UMRAH DI BULAN RAMADHAN

(8). MENCARI LAILATUL QADAR

(9). MEMPERBANYAK DZIKIR, DO’A DAN ISTIGHFAR

Saudaraku muslim dan muslimah…
Siang dan malam hari di bulan Ramadhan adalah waktu yang memiliki keutamaan, maka isilah dengan memperbanyak dzikir, doa, istighfar, khususnya di waktu-waktu tertentu dikabulkannya doa, antara lain yaitu:

(a). Saat berbuka puasa. Bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa memiliki doa yang tidak akan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

(b). Sepertiga malam yang terakhir, saat Allah Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia.

(c). Beristighfar di waktu sahur. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
”Ertinya : Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” (Adz- Dzariyat: 18)

(d). Mencari suatu saat dikabulkannya doa di hari Jumaat, yaitu di suatu waktu antara asar dan maghrib di hari Jumaat.

Perbuatan yang harus kita tinggalkan atau jauhi baik di luar Ramadhan, terlebih lagi di bulan Ramadhan, diantaranya:

(1). Menjadikan malam seperti siang dan menjadikan siang seperti malam. Maksudnya di malam hari dihabiskan untuk berjaga sambil bersembang, menonton TV atau perbuatan sia-sia lainnya. Sementara di siang hari dihabiskan untuk tidur.

(2). Tidur di sebahagian waktu solat wajib.

(3). Berlebih-lebihan dalam makanan dan minuman

(4). Terlalu cepat makan sahur, lalu tertidur saat waktu solat subuh sehingga tidak solat subuh berjama’ah di masjid.

(5). Berbohong dan berbuat perbuatan sia-sia

(6). Menyia-nyiakan waktu

(7). Berkumpul bersama teman-teman untuk kegiatan yang sia-sia, mengata,mengumpat, gosip dan semisalnya

(8). Kaum wanita menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk memasak makanan.

(Diterjemahkan (dengan penyesuaian) dari buletin ”Risalah Syahri Ramadhan” karya Kholid bin Abdullah Al Hamudiy oleh Bukit Adhinugraha, Bogor 16 Sya’ban 1428 Hijriyah)

sumber: JAKIM

Tuesday, August 11, 2009

Friday, July 31, 2009

Biggest Car Club Gath



Pada malam kelmarin 8 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 2 Jun 2009.. Club Kembara Nautica telah mendapat jemputan dari pihak YOUTH (Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) untuk menyertai Perhimpunan Kelab Kereta Terbesar Di Malaysia pada 2 Sha'ban 1430 bersamaan 25 Julai 2009.. Perhimpunan ini akan dicatatkan di dalam MALAYSIAN BOOK OF RECORDS Disertai lebih dari 40 kelab kereta dari seluruh pelusuk malaysia.. Seperti yg dimaklumkan, pada hari tersebut Menteri Belia dan Sukan juga terlibat merasmikan majlis..



Sunday, July 26, 2009

Perodua Kembara kepada Toyota Cami



Sebenarnya rekabentuk asal kereta-kereta nasional Malaysia mirip kereta-kereta Jepun.. Samaada Proton, Perodua atau lain-lain jenis kereta nasional kebanyakannya sama dengan model-model kereta keluaran Jepun.. Contohnya seperti Mitsubishi, Daihatsu, Toyota dan lain-lain yang biase kite dengar..

Kalau di Malaysia boleh dikatakan Perodua Kembara CT Aero adalah 90% mirip Toyota Cami.. Kembara hcej juga mirip sama dengan apa yang ada di Jepun.. Cuma perbezaan pada bumper hadapan sahaja..
Untuk kembara dvvt 70% adalah dari spec jepun.. Selebihnya seperti bumper depan, belakang, air press, grill, stereng, meter dan lain-lain adalah daripada Malaysia..

Aku pakai Perodua Kembara CT Aero, jadi aku bolehlah convert kereta aku macam Toyota Cami untuk jadi lebih menarik dan smart daripada Kembara biasa..
Banyak dah perubahan-perubahan pada Kembara aku.. Antaranya aku tukar tapak no.plate dari Perodua kepada berlambang Toyota, spoiler Kembara yang nipis kepada spoiler Terios (spoiler gemuk), wiper..



Spoiler terios aku ambil dalam harga RM135 di Nilai, Negeri Sembilan.. Pasang 1 hari sebelum aku terlibat dalam Perhimpunan Club-club Kereta anjuran Malaysian Youth kat bukit Jalil.. Event kat bukit Jalil tu dengan Kembara Nautica Club.. Siap spray malam tu juga di rumah sewa kawan..

Modified sikit-sikit dulu sebab duit tak cukup lagi.. Modifikasi seterusnya akan di ceritakan pada posting akan datang..

Sunday, July 5, 2009

Main Paintball Kat Bukit Putus



Ade yang x pernah main paintball? Try la sekali mesti nak lagi hehe.

Tarikh 12 Rejab 1430 bersamaan 5 July 2009 hari Ahad aku dengan rakan-rakan kampung Parit main paintball. Gelanggang paintball terletak di Star Fresh Agro Park berdekatan kaki Bukit Putus, Seremban.

Janjinya berkumpul pada pukul 8.30 a.m tapi aku sampai pukul 10 a.m sebab salah bace message yang diberi. Nasiblah semua sporting. Sebenarnya pukul 10 a.m sepatutnya semua dah berkonvoi ke sana. Tapi akibat ada yang masih lewat kerena sebab-sebab tertentu ditambah lagi dengan hujat lebat. Kesudahannya kami bertolak pada pukul 12 p.m.Setibanya di sana, kami tunggu lagi beberapa rakan lain yang masih belum sampai. Sempat minum teh panas lagi. Memang sedap minum teh panas masa hujan lebat. Sambil itu kami semua tengok persiapan peralatan permainan paintball yang dilakukan oleh marshall.

Bila dah cukup semua orang, kami pun mula membahagi-bahagi kumpulan. Kami dibahagi kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan ada 5 orang.

Aku sempat bermain 2 kali pusingan sebab kumpulan aku menang game pertama. Tapi yang amat mengecewakan aku, kepala aku ditembak setiap game sebelum aku dapat tembak sesiapa pun. Memang aku x berbakat dalam paintball agaknya.

Paintball di Star Fresh Agro Park ini dikira untuk setiap 50 peluru akan di cas RM30. Jadi terpaksalah main ramai-ramai.

Sorrylah video tak dapat nak ambil sebab main dalam hujan. Gambar peluru paintball ni aku ada tunjukkan

Saturday, June 13, 2009

Pengalaman Di SIC


Aku berkonvoi ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 6 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 31 Mei 2009. Program ini atas jemputan pihak SIC kepada beberapa club kereta yang terpilih. kembaranautica tersenarai dalam jemputan SIC tersebut. Memandangkan pada tahun lepas kembaranautica telahpun mennyertai AFOS 2008.

Pada hari berkenaan SIC sedang menganjurkan Asian Festival Of Speed (AFOS) Satu program lumba kereta peringkat Asia. Penganjuran ini berlangsung selama 3 hari. Bermula dengan sesi kelayakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Berakhir dengan perlumbaan sebenar pada hari Ahad.

Seperti sedia maklum, pihak AFOS telah menyediakan ruang untuk kita mempamerkan kenderaan masing-masing dihadapan Grand Stand Litar F1 Sepang. Sebanyak

Keistimewaan yang diberikan :

1. Pit Walkabout (boleh masuk dlm pitwork,melihat jentera2 perlumbaan)
2. Rooftop & paddock hospitality (baru bagi tahun 2009)
3. Makan percuma di dalam pitwork SIC

Acara Sampingan :
1. GRA Autocross
2. Rally X-Ride-Along
3. ICE Competition
4. DJ Spinning Music on Capital FM

Bawah ni video convoy KN di sepang:

Apa guna sembahyang tungang-tonggek

"Apa guna sembahyang tunggang-tonggek kalau kau pun ada buat salah" Ya, itulah yang selalu aku dengar dari mulut orang-orang sekeliling. Mereka mempertikaikan sujud dan ruku' seseorang apabila individu itu pernah membuat kesilapan.

Sembahyang atau solat?

Sebenarnya, sembahyang lebih baik di panggil solat bagi ibadat orang Islam. Solat lebih khusus kepada ibadat penyembahan Allah berbanding sembahyang yang terlalu umum.

Kenapa x patut pertikai solat seseorang?

Kita tidak sepatut mengeluarkan kenyataan sebegini yang seolah-olah mempertikaikan kewajipan seorang yang bergelar muslim sebenar. Di dalam Islam, ibadah yang pertama dan utama disebut As-solah atau solat. Ia wajib didirikan sebanyak 5 kali sehari semalam. Solat juga merupakan salah satu daripada 5 rukun Islam. Solat adalah tiang agama. Jika solat ditinggalkan, maka seluruh amalan yang lain tidak akan dikira. Solat juga adalah untuk membezakan muslim dengan kafir. (fakta-fakta ini bersumberkan daripada al-Quran dan as-Sunnah juga dari jumhur ulama di bawah)
Orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja bererti ia telah melakukan dosa yang teramat besar. Dosanya di sisi Allah SWT lebih besar daripada dosa membunuh jiwa yang tidak halal untuk dibunuh, dosa mengambil harta orang lain secara batil, dosa zina, mencuri dan minum khamr. Meninggalkan solat bererti menghadapkan diri kepada hukuman Allah SWT dan kemurkaan-Nya. Ia akan dihinakan oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat. (Ash-Solatu wa Hukmu Tarikiha, Ibnul Qayyim rahimahullahu, hal. 7)

Tentang hukuman di akhirat bagi orang yang mensia-siakan solat dinyatakan Allah SWT dalam firman-Nya:

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّيْنَ

“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar?” Mereka menjawab, “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat….”
(Al-Muddatstsir: 42-43)

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّيْنَ الَّذِيْنَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُوْنَ

“Maka celakalah orang-orang yang solat, yaitu mereka yang lalai dari mengerjakan solatnya….”
(Al-Ma’un: 4-5)

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاَةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

“Maka datanglah setelah mereka, pengganti yang jelek yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kerugian.”
(Maryam: 59)

Terdapat beberapa pendapat di kalangan ulama antaranya ialah Abdullah bin Mubarak, Ahmad, Ishaq, dan Ibnu Hubaib dari kalangan Malikiyyah berpendapat, kafir orang yang meninggalkan solat dengan sengaja walaupun ia tidak menentang kewajiban solat. Pendapat ini dihikayatkan pula dari Ali bin Abi Thalib, Ibnu Abbas, dan Al-Hakam bin ‘Uyainah radhiyallahu 'anhum. Sebagian pengikut Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullahu juga berpendapat sedemikian. (Al-Majmu’ 3/19, Al-Minhaj 2/257, Nailul Authar, 2/403)

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ

“Sesungguhnya antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat.”
(Hadis Riwayat Muslim no. 242)

Demikian pula hadis Buraidah ibnul Hushaib r.a., ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda:

الْعَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهُ فَقَدْ كَفَرَ

“Perjanjian antara kita dan mereka adalah shalat, maka barangsiapa yang meninggalkan shalat berarti ia kafir.”
(Hadis Riwayat Ahmad 5/346, At-Tirmidzi no. 2621, Ibnu Majah no. 1079 dan selainnya. Disahihkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Sahih At-Tirmidzi, Al-Misykat no. 574 dan juga dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib hal. 299) [Lihat Tharhut Tatsrib, 1/323)

Seorang tabi’in bernama Abdullah bin Syaqiq rahimahullahu berkata:

كَانَ أَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ اْلأَعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ

“Adalah para sahabat Rasulullah SAW tidak memandang adanya sesuatu dari amalan-amalan yang bila ditinggalkan dapat mengkafirkan pelakunya kecuali amalan solat.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no. 2622, disahihkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Sahih Sunan At-Tirmidzi, demikian pula dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib no. 562)

Abdullah menyebutkan bahwa para sahabat sepakat ‘orang yang meninggalkan solat itu kafir’ dan mereka tidak mensyaratkan ‘harus disertai dengan pengingkaran akan kewajibannya’ atau ‘menentang kewajiban solat’. Kerana yang mengatakan solat itu tidak wajib, jelas sekali kekafirannya bagi semua orang. (Al-Majmu’ 3/19, Al-Minhaj 2/257, Tharhut Tatsrib 1/323, Nailul Authar 2/403)

Al-Imam Abdul Haq Al-Isybili rahimahullahu dalam kitabnya As-Solah wat Tahajjud (hal. 96) menyatakan, “Seluruh kaum muslimin dari kalangan Ahlus Sunnah, baik ahli hadisnya mahupun selain mereka, berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat secara sengaja dalam keadaan ia mengimani kewajiban solat dan mengakui atau menetapkannya, tidaklah dikafirkan. Namun dia telah melakukan suatu perbuatan dosa yang amat besar. Adapun hadis Nabi SAW yang secara zahir menyebutkan kafirnya orang yang meninggalkan solat, demikian pula ucapan ‘Umar r.a dan selainnya, di antaranya hadits ‘Ubadah ibnu Shamit r.a dari Rasulullah SAW:

خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللهُ عَلَى الْعِبَادِ، فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ، كَانَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدًا يُدْخِلُهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدٌ، إِنْ شاَءَ عَذَّبَهُ، وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُ

“Solat lima waktu Allah wajibkan atas hamba-hamba-Nya. Siapa yang mengerjakannya tanpa mensia-siakan di antara kelima solat tersebut karena meremehkan keberadaannya maka ia mendapatkan janji dari sisi Allah untuk Allah masukkan ke surga. Namun siapa yang tidak mengerjakannya maka tidak ada baginya janji dari sisi Allah, jika Allah menghendaki Allah akan mengazabnya, dan jika Allah menghendaki maka Allah akan mengampuninya.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud no. 1420 disahihkan As-Syeikh Al-Albani rahimahullahu dalam Sahih Abi Dawud)

Hadis Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلاَةُ الْمَكْتُوْبَةُ، فَإِنْ أَتَمَّهَا وَإِلاَّ قِيْلَ: انْظُرُوا هَلْ لَهُ مِنْ تَطَوُّعٍ؟ فَإِنْ كاَنَ لَهُ تَطَوُّعٌ أُكْمِلَتِ الْفَرِيْضَةُ مِنْ تَطَوُّعِهِ، ثُمَّ يُفْعَلُ بِسَائِرِ اْلأَعْمَالِ الْمَفْرُوْضَةِ مِثْلُ ذَلِكَ

“Amalan yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solat wajib. Jika ia sempurnakan soalat yang wajib tersebut maka sempurnalah amalannya, namun jika tidak dikatakanlah, ‘Lihatlah, apakah orang ini memiliki amalan tathawwu’ (solat sunnah)?’ Bila ia memiliki amalan tathawwu’, disempurnakanlah solat wajib yang dikerjakannya dengan solat sunnahnya. Kemudian seluruh amalan yang difardhukan juga diperbuat seperti itu.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah no. 1425 dan lainnya, disahihkan As-Syeikh Al-Albani rahimahullahu dalam Sahih Sunan Ibni Majah dan Al-Misykat no. 1330-1331)

Maka adalah tidak patut sama sekali orang-orang yang mempertikaikan orang-orang yang mnunaikan solat walaupun orang itu pernah membuat kesilapan atau mempunyai keburukan. Manusia mana yang boleh lari daripada melakukan kesilapan atau kesalahan? manusia mana yang tidak mempunyai keburukan atau kelemahan? Jika mahu mengimbangi dosa pahala kita patut menunaikan solat agar segala kebaikan yang kita buat di ambil kira pahalanya.

Friday, May 29, 2009

silap manusia lagi penting dari dakwahnya?

Sekarang kecoh pasal gosip seorang pendakwah popular. Ustaz yang popular dengan program-program dakwah yang sempoi serta mudah didekati dan difahami dakwahnya oleh anak-anak muda remaja zaman kini.

Ustaz ini sangat sempoi sehingga digelar 'ustaz rock' oleh beberapa wartawan yang agak janggal dengan ustaz sebegini. Mungkin juga gelaran tersebut diberi kerana penglibatan ustaz tersebut dalam muzik rock era 80an.

Program-program dakwah yang disertai ustaz ini bukan seperti dakwah biasa. Malah menampilkan kelainan seperti program dakwah yang agak santai seperti sebuah sitcom remaja tetapi diselitkan dengan dialog-dialog (hujah-hujah) berdasarkan al-Quran dan hadis.

Apa yang menghairankan, ketika ustaz ini berdakwah di dalam media mahupun di luar sana, tidak ada 1 akhbar pun yang meletakkan cerita dakwah ustaz ini di muka surat pertama. Tak pernah pun ustaz ini diwawancarakan tentang dakwahnya di program-program tv popular. Tetapi bila sahaja ustaz ini membuat kesilapan tiba-tiba sahaja berebut-rebut akhbar mahu meletakkan cerita kesilapan ustaz ini di muka surat hadapan. Berlumba-lumba program tv mewancara individu yang terlibat dengan kesilapan manusia bergelar ustaz ni. Sehinggakan ada program tv wanita yang mewancara sebelah pihak sahaja tanpa jawapan ustaz itu sendiri.

Apakah rakyat malaysia perlu didedahkan kepada kesilapan, kelemahan dan keburukan seorang manusia bergelar ustaz?
Apakah ustaz sebagai seorang manusia biasa tak boleh terlepas dari membuat kesilapan?
Apakah dakwah dan kebaikannya tidak sepenting silapnya dan keburukannya?

Ustaz bukannya seperti ulama yang zuhud maka tidak hairanlah membuat kesilapan sebegini. Akibatnya, pelbagai presepsi dan reaksi masyarakat dapat disaksikan. Dengan menghebohkan kelemahan seorang manusia bergelar ustaz, masyarakat akan memperlekehkan dakwahnya. Maka dakwahnya tidak dapat lagi diterima. Oleh itu, masyarakat termasuk individu yang terlibat dengan kes ini, para wartawan, diharap fikir dari pelbagai sudut dan berfikiran luas dalam hal ni. Jangan hanya pentingkan diri sendiri.
Harap masyarakat meneliti dahulu kesahihan berita selaras dgn firman Allah s.w.t di dalam surah al-Isra’ 17:36:

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Juga firman Allah swt di dalam surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud: 'Wahaiorang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki ia (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan'.

Tuesday, May 26, 2009

video kalimah Allah di mana-mana

Aku juga pernah terjumpa kalimah Allah SWT pada biji kurma dari tanah suci Mekah yang di bawa oleh mak dan ayah..
Mungkin ada juga yang lain pernah ada pengalaman serupa..
Video di bawah ini menunjukkan kalimah Allah yang terdapat di mana-mana..




subhanallah...

perpaduan melalui bangsa atau agama?


Kini agak biasa kita baca di akhbar dan dengar orang ramai bercakap mengenai perpaduan.
Fikir sekejap, keturunan berdarah melayu nak bangkit bersatu melalui apa?
bole bgkit dgn pepatah melayu saje?
bole bgkit dgn slogan 'hidup melayu'?
bole bgkit dgn ingat kisah2 hang tuah dgn keris tamin sarinya?
bole bgkit d bwh pimpinan sultan yg sudah tiada kuasa?
bole bgkit dgn semangat perkauman demi keturunan melayu?
bole ke bgkit dgn hanya 60% kaum melayu d bumi mlysia ni?

semua ini agak mustahil kecuali melayu bergabung dgn org Islam lain utk:
bgkit membentuk ukhwah dlm 1 ummah dan jemaah yg d gelar umat Islam..
seramai 70% umat Islam d Mlysia ini perlu bgkit dgn mggunakan ajaran2 yg relevan sepanjg zaman iaitu ayat2 suci al-quran dan hadis rasul..
bgkit dgn laungan takbir 'Allahu Akbar' yg mampu menggerunkan musuh Islam..
bgkit dgn mghayati perjuangan sejarah Nabi (sirah nabawiyah) dan menjdkan mukjizat Muhammad rasulullah s.a.w iaitu al-Quran..
bgkit dgn d pimpin para ilmuan (ulama)..
bgkit dgn semangat jihad demi agama Allah s.w.t..

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai. (Ali Imran 3:103)

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

Tali Allah telah ditafsirkan dengan beberapa tafsiran, antaranya ialah kitab Allah, agama Allah, Islam, ikhlas, perintah Allah, janji Allah, taat kepada-Nya serta taat kepada jamaah (pemerintah). (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah 5/134 Jamiatul Imam Saudi Arabia)

Ibnu Masoud radiallahu anhu dalam khutbahnya menjelaskan:

Wajib bagi kamu untuk sentiasa taat dan beristiqamah dengan jamaah, kerana itulah tali Allah yang kita diperintahkan untuk berpegang teguh dengannya. (Muamalatul Hukkam fi-Dhauli al-Kitab was-Sunnah. Cetakan Kelima. 1996M-1417H. Abdus Salam bin Barjis bin Nasir Ali Abdul Karim. Saudi Arabia. Riyad)

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah:

Hadis Nabi s.a.w:

Peganglah kesepakatan ulama' ku ini pasti tidak akan sesat.Dan berpeganglah kepada majoriti/ijmak ulama'

Allah berfirman d dlm surah al Taubah ayat 38

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai berjuang di jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

surah al Taubah ayat 39

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat menggugat Allah sedikitpun .(ingatlah) Allah Maha Kuasa mengatasi segala-galanya.

surah al Taubah ayat 40

Mengapa kamu tidak mahu menyokongnya (Nabi Muhammad) padahal Allah sendiri telah menyokongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan rasa tenteram dan damainya kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya . (Dalam masa yang sama) Allah jadikan seruan (dasar syirik) orang-orang kafir itu rendah dan hina .(Sebaliknya) Allah jadikan dasar perjuanganNya (Islam) mulia dan tinggi Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

surah al Taubah ayat 41

Berangkatlah kalian beramai-ramai (untuk berjuang di jalan Allah), samada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan berat(disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian di jalan Allah (untuk membela Islam). Itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Monday, May 11, 2009

MengenaliMu Ya Allah
Sajak MengenaliMu Ya ALLAH, oleh Mahsuri SM


MengenaliMu Ya Allah,
rasanya makin merindu..
yakin itu sudah tidak pernah aku tanyakan pada diriku,
kepada kalbuku..
kerana sejak aku tahu mengenal kehidupan,
ketika masih belum mengaji mukaddam dan al Quran,
aku sudah diberi kenal,
ada bintang..
ada bulan..
ada matahari..
dan ada awan...
ada yang menjadikan.

begitu aku terasa tanpa bertanya,
aku ingin makna mendalam,
sudah kuterima kenyataan bahawa alam jagat
dan seluruh mahluk ini..
ada yang menjadikan,
ciptaanMu Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang..

berulang ulang dalam hidupku diberi nafas,
berterusan menghayati nikmat,
makan minum dan tidur berehat,
maka dadaku penuh mengingati,
namaMu sentiasa dibibirku,
dan degup jantungku,
sentiasa mengingatiMu,
adalah tandaku dalam ingatanMu,
maka apabila aku diberi hayat,
di alam jagatMu,
bergerak berkerja,
mencari makan dan
bergaul dengan insan insan dan umatMu,
menjadi sebutan degup hatiku..

dan apa dan bagaimana..
dan dimana aku berada..
aku sentiasa dikurniai inayahMu Ya Allah,
maka aku sentiasa mengingatiMu..

maka dalam bersorak,
bergerak dan berteriak,
untuk apa..
untuk bagaimana..
aku tiba tiba saja,
seperti digerak oleh suatu kuasa,
menyentuh dalam kalbuku,
maka aku jadi terkelu,
mati teriak sorakku,
kerana nafasku,
terasa tinggal satu satu..
maka tahu aku Ya Allah,
lonjak dan sorak,
gelak dan teriak,
bisa sekali lenyap,
dalam satu helaan nafas,
ketika dalam kealpaan,
menghayati dalam kefanaan..

p/s-cukup terkesan ketika sajak ini dibaca dalam radio ikim..

Monday, May 4, 2009

Kajian dan bacaan

Sememangnya setiap manusia mempunyai sifat ingin tahu. Dari sifat inilah manusia mengkaji setiap peristiwa dan keadaan sekelilingnya. Manusia membuat kajian mengikut minat dan pengalaman masing-masing. Maka lahirlah perbezaan fikrah, idealogi dan fahaman yang menyebabkan perpecahan di kalangan manusia.

Islam bukan hanya agama untuk akhirat semata-mata. Islam adalah sebagai ad-deen (cara hidup) kepada manusia.

Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah kitab al-Quran yang Kami telah jelaskan satu persatu berdasarkan pengetahuan Kami yang meliputi segalanya untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang yang (mahu) beriman".
(Al A'raaf - ayat 52)

Beberapa garis panduan Islam agar menggalakkan umatnya mengkaji dahulu setiap penerimaan berita.

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(al-Isra’ 17:36)

Firman Allah swt di dalam surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud:

'Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki ia (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan'.

Juga hadis Rasulullah s.a.w:
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"
-Sahih Muslim-

Oleh sebab itu aku mulai sedar tanpa ilmu dan kajian, aku akan mudah terpengaruh dan sesat di akhir zaman ini. Sejak dulu lagi aku mempunyai minat terhadap sejarah peradaban dunia, sirah ketamadunan Islam dan sejarah tempatan. Aku mempunyai koleksi buku-buku berkenaan sejarah. Antaranya di dalam gambar-gambar yang aku tunjukkan di dalam artikel ini.

Aku mula membaca kitab-kitab sirah nabawiyah ketika sekolah rendah lagi. Atas kesedaran pentingnya kajian, kini aku mempunyai kitab-kitab sirah berkenaan zaman ketamadunan Islam, perjuangan harakah Islamiyah dan perjuangan tokoh-tokoh Islam yang masih hidup atau para syuhada yang telah syahid.


Selain ini aku juga membaca, mengkaji dan memahami buku-buku fahaman nasionalisme. Ternyata ia menggalakkan kita kepada semangat assobiyah. Dengan menidakkan hak-hak masyarakat bukan pribumi dan meletakkan ketuanan terhadap sesuatu bangsa berbanding bangsa lain. Mementingkan sesuatu bangsa berbanding bangsa lain.

Sabda Rasulullah s.a.w

"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah,bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar asobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar asobiyyah."

Sabdanya lagi di dalam hadith lain yang bermaksud:

"Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaum (bangsa) mu di atas dasar kezaliman."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Saturday, April 18, 2009

Seorang Aktivis

Setelah 23 tahun hidup akhirnya aku menjadi seorang yang agak aktif.

Bermula dengan penglibatan sebagai ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) pada tahun 2004. Aku telah terlibat dalam beberapa kursus yang di anjurkan PKMM untuk meningkatkan kualiti dan pemahaman aku dalam kerjaya.

Di samping itu aku menyertai Kelab Rakan Muda Kuala Pilah. Selepas itu aku beralih kepada sebuah kelab sukan bermotor iaitu VViP Motorsports tajaan Belia Rakan Muda Kuala Pilah.

Melalui PKMM & VViP inilah aku mula bercampur dengan rakan-rakan yang lebih matang dan bekerjaya...
Dari sini aku mula berminat pula menyertai jemaah-jemaah Islam.. Antaranya adalah seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan lain-lain.. Lanjutan cerita mengenai jemaah Islam ini akan diceritakan pada posting yang akan datang...


Galakan perjuangan berjemaah berteraskan Islam adalah bersandarkan dari Umar Al-Khattab r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,

”Barangsiapa di antara kamu yang menginginkan syurga,hendaklah dia melazimkan diri (menyertai) jemaah,kerana syaitan selalunya suka dengan orang perseorangan,dan selalu menjauhkan diri dari kumpulan orang berdua ke atas”

Berbalik kepada kelab sukan bermotor yang aku sertai... Rakan-rakan dari kelab inilah yang setia dengan kelab ini atas semangat kesukanan tanpa mengira perbezaan idealogi... Banyak aku belajar daripada kelab VViP ini antaranya ialah konvoi kereta sambil beramal dengan membantu dan bersama golongan susah seperti anak yatim dan rakyat miskin, juga autoshow kereta... Program autoshow banyak memperkenalkan aku dengan kelab-kelab kereta lain seperti Akaido dan Kembaranautica...


Akhir-akhir ini aku juga telah menyertai Kembaranautica untuk meningkatkan kualiti kembara aku sendiri...


Saturday, February 7, 2009

Isi Blog Ini

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi melalui keizinan-Nya telah menganugerahkan fikrah dan cetusan idea untuk menghasilkan blog ini. Terima kasih juga kepada kenalan yang membantu mencipta blog ini..

Blog ini akan diisi dengan artikel-artikel mengenai Islam sebagai memenuhi kewajiban seorang muslim, mengenai kisah-kisah hidup penulis yang boleh dikongsi dan juga mengenai perkembangan isu-isu semasa untuk pengetahuan am agar kita tidak ketinggalan dan kolot..

Segala artikel di dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis berdasarkan sumber-sumber yang dinyatakan mengikut tajuk artikel tersebut..