Tak Sangka Viral

Kenangan short film sempena bulan Ramadhan yang jadi viral dalam facebook. Siput apa? siput babi lah Bahar

7 hari atas kapal belayar

Pengalaman buat video korporat atas kapal kontena selama 7 hari di tengah laut China Selatan

Nama Masuk TV

Kerja untuk channel Hikmah HyppTV. sebagai editor video rancangan Tv untuk disiarkan ke dalam HyppTV

Ketenangan di Janda Baik

Buat rakaman video kursus di Janda baik, Pahang. Sejuk bangat di sini. Tapi tak sempat mandi sungai sana. Lagi sejuk

Terdasyat! Buat rakaman siaran langsung untuk talk motivasi

First time guna MCP. Hanya ada seminggu sebelum majlis untuk belajar pasang dan guna MCP ni.

Wednesday, April 21, 2010

Konvoi Amal & Family Day sempena Sambutan Ulangtahun VVIP Motorsport yang ke-10

Alhamdulillah, setelah pelbagai dugaan yg datang utk menjalankan prog kita ni, akhirnya selesai sudah aktiviti kita yg paling grand dengan success skali!! pekh, memang meriah dan kerjasama semua peserta konvoi kali ni mmg yg paling mantap penah kita handle..

so aktiviti kita mmg ikut spt yg dah dijadualkan, YB Samad telah flag off kita di Kompleks Rakan Muda Melang pada jam 9pagi dan konvoi bergerak secara berkumpulan mengikut marshall yg telah dilantik. Perjalanan ke Tol PD utk regroup dgn peserta konvoi dari seremban dan semua skali 48 buah kereta telah bergerak ke destinasi yg sama, Port Dickson utk prog Konvoi Amal dan Family Day.

Report aku rasa sama mcm jadual yg aku buat tu, so kita layan gambir sarawak lah ha..

Flag Off oleh YB Dato' Abd Samad, Exco Belia NS..


kat jalan seremban - tol pd, masa ni mmg marshall kena kerja keras sbb jalan sibuk, tambah2 lagi nak lepas simpang carefour tu..









dari tol pd ke restoran mayang sari utk lunch, masa ni hepi skek sbb ikut hiway. tp on d way dari roundbout asrama jururawat ke mayang sari mmg susah sbb keta bnyk, tp marshall, mmg salute abis, konvoi sampai dgn selamat dan teratur kat restoran mayang sari.























Telematch ngan anak yatim, seronot lah anak yatim tu naik keto ngank keto dak vvip nih, sonyum yo sampai eh memasing den nengok, yg ajk dah sabar2 laie nak start telematch, so sumo ahli vvip dan adik2 anak yatim dicampur dalam satu kumpulan menjadi 6 kumpulan. game eh mmg pocah porut tegolak, hahaha credit to bahau n the gang, layan gmbr pun dah tau mcm mano meriah eh game tuh hahaha..




























Check out dan terus pegi lunch di Restoran Mayang Sari dan Sessi Upacara Penutup..

tahniah diucapkan kepada semua geng vvip motorsport yg poe family day nih, dan takziah diucapkan pada yg tak dapek dtg, lopeh ni tak tau bilo laie nak buek, den tak tedayo laie doh, sesapo yg lain lak lah handle lak, den follow yo lopeh ni hahah nak meraso poe sebagai ahli biaso lak, hehehe bleh ko? timo kasih jugak kepada penaja2 yg sudi menaja aktiviti ni. kepada Seketariat Belia NS YNS, terima kasih tidak terhingga, insyallah ada rezeki kami vvipm (sumo dah daftar sbg Seketariat Belia di bwah Penyelaras Belia Dun Pilah) akan bersama dalam aktiviti belia seterusnya, pada YB, Nafass Auto, org persendirian dan ahli2 vvip, dalam menjayakan konvoi amal ini, terima kasih yg tidak terhingga diucapkan, semoga amal bakti kita ini diberkati dan menjadikan kita lebih sayang kepada insan yang tidak bernasib baik. Insyallah ada rezeki kita berjumpa lagi di lain program. akhir skali, den mewakili ajk2 yg lain ingin memohon ampun dan maaf kepada rakan2 jika ada kesilapan dan ketidakselesaan sepanjang prog, harap dimaafkan, maklumlah, sumo eh pun berkhidmat ikhlas semata2 utk kelab, harap dimaafkan. sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. huiyai, raso macam bagi ceramah lak ahaks.. 


sumber:
http://vvipm.vox.com/

Tuesday, March 23, 2010

Rekod 8 taun lebur



asalnye nak gi tgk hot air balloon tp berakhir dgn tragedi..
dah la hot air balloon x dpt naik sbb angin kuat, ujan lebat..
kete aku plak berlanggar dengan kete awek myvi putih mase nak pegi minum lepas maghrib.. x prasan ade traffic light lepas selekoh kat persiaran persint 1, emergency break pun x lepas, kete menggelongsor ke depan terus langgar blkg kete depan..

credit to Lan Mamak VViP, Doyok VViP, Shuk VViP, Ajib, Esad dll yg bersusah payah membantu.. sampai ade yg tido kat bus stop smpai kul 4 pagi tunggu towing dari Seremban..

dah la next week ade konvoi, family day, konvokesyen, time ni jugakla nak eksiden..





Sunday, December 20, 2009

Pengalaman solat di imamkan oleh Yusuf Al-Qaradawi






Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M peringkat Kebangsaan hari ini. Tokoh Maal Hijrah adalah anugerah tahunan Kerajaan Malaysia. Beliau telah dijemput hadir memberikan syarahan oleh Kerajaan Negeri Selangor di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Untuk terus ke laman web tokoh ini boleh click pada link ini: http://www.qaradawi.net/

mantan mufti, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin juga amat mengagumi ketokohan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi ini sehingga beliau menceritakan perihalnya dalam tulisan mingguannya di dlm blognya, Minda Tajdid.

Aku juga tidak melepaskan peluang untuk bersama menghadirkan diri di masjid Shah Alam untuk mendengar syarahan ulama' tersohor dunia ini yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia. Kebetulan pula aku ingin ke Low Yat bersama seorang rakan dari Kuala Pilah.
Detik yang amat bersejarah bagi aku dapat solat berjemaah yang diimamkan oleh tokoh ulama' ini.



Dr Yusuf tiba kira-kira jam 7 petang bersama pemimpin-pemimpin Selangor dan diiringi Penasihat Ekonomi Selangor.
Pada awal syarahannya, beliau menceritakan pengalaman pertamanya berkunjung ke Malaysia pada tahun 1974 atas pelawaan dan hubungan rapatnya dengan Presiden ABIM ketika itu. Kini sekali lagi beliau di jemput oleh individu yang sama yang kini memegang jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.

Beberapa kelainan Dr Yusuf ketika itu:

1. Syaikh Yusuf Qaradawi menjadi imam solat maghrib. Beliau membaca Surah al-Fatihah dengan membaca bismillah perlahan. Kemudian juga beliau tidak berzikir dan berdoa kuat selepas solat.

2. Selepas azan Isya’ dilaungkan beliau berdoa (doa selepas azan) tanpa menadah tangan.

untuk maklumat lanjut tentang syarahan beliau sila baca di dalam laporan akhbar online Malaysiakini

Monday, November 30, 2009

Gempa Bumi di Kuala Pilah ??!

Macam tak percaya je rumah aku di landa gempa bumi.. adakah K.Pilah terletak dalam area kemungkinan berlaku gempa bumi?
adakah jambatan-jambatan jalan baru bukit putus akan retak?
adakah menara tertinggi (bangunan Tabung Haji) Kuala Pilah akan runtuh?
adakah jejantas pejalan kaki kuala pilah akan retak?
atau adakah projek bangunan sekolah MNi Contructions SDN BHD di talang akan runtuh??!
sama-sama kita saksikan hahahaha..
nak tahu sejauh mana kesahihannya, sila tengok sendiri dalam berita-berita di bawah:


Malaysiakini


Sinar Harian


MStar


free malaysia today


Harian Metro

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha




Kepada makteh dan pakteh yang sedang menunaikan haji di tanah suci Mekah, semoga mendapat haji mabrur.. selepas ni dah bergelar Haji dan hajjah..

وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ اِلاَّ الْجَنَّةُ
“Haji mabrur itu tidak ada balasannya kecuali surga.” (riwayat: al-Bukhari)

laungan ‘Labbaik Allahumma Labbaik’ (Ya Allah aku datang memenuhi panggilan-Mu) iaitu menandakan setiap jemaah berasa diri mereka bertuah kerana menjadi sebahagian daripada jutaan umat yang terpilih menjadi tetamu pilihan Allah.

Selamat bercuti dan selamat menjalani ibadah korban. Sape yang balik kampung tu bawa la kereta baik-baik. Jangan nak merempit..ingatlah orang yang tersayang...hehehe

Tuesday, November 17, 2009

DAY TRIP BBQ @ PORT DICKSON



















Tarikh : 15th NOV 2009
Masa : 0900hrs
Lokasi : PANTAI PORT DICKSON(BLUE LAGOON)

Ahli-ahli yang hadir

1. K3VE
2. AcidTerios & Mamarockz
3. Izzow_69
4. Langit30 dan keluarga
5. BlossomLGT
6. Abert
7. Nash (aku)
8. Rajawali akak fidoz & rakan2
9. Boy

p/s: aku bg pihak rakan2 semua ingin mngucapkan ribuan terima kasih terhadap pokde ats pemberian bekalan minuman utk kami hari ni dan terima kasih juga utk cenderahati yg diberikan oleh pokde kpd kami.

Aktiviti kali ini berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kelewatan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang hadir pada 15 NOV 2009 dan menjayakan aktiviti kali ni . Dari Tol Sg Besi bergerak ke port dickson menikmati suasana laut disana sambik ber'picnic' . Konvoi bersurai pada jam 1700 .
Insyaallah selepas ini akan menyusul lagi aktiviti-aktiviti lain dan perbincangan akan dijalankan dari masa ke semasa.
Gambar2 sepanjang aktiviti di atas.......

Sunday, November 8, 2009

Selepas 61 tahun menanti








Puas hati dapat tengok Negeri Sembilan menang bergaya mengalahkan Kelantan 3-1 dalam final Piala Malaysia selepas 61 tahun menanti..

Tapi seperti kebiasaan yg berlaku di mana-mana stadium mercun sangat-sangat berleluasa.. FRU dilihat x bertindak pantas seperti mengekang demonstrasi di ibu kota.. tiada semburan water canon dilakukan walaupun penyokong bertindak ganas membakar kerusi dan melancarkan mercun yang membahayakan penonton lain..

Tahniah kepada skuad bola n9.. harap n9 menjadi pasukan bola yang digeruni selepas ini :p
mungkin kemenangan ni boleh dikatakan hadiah kepada YDP N9 yang baru, Tuanku Mukhriz.. Daulat Tuanku!

Friday, November 6, 2009

Al-Fatihah



Pemergian orang tertua dalam keluarga.. arwah moyang baru sahaja selamat dikebumikan sebelum maghrib td.. meninggal dunia pada hari ini bersamaan dgn hari jumaat 6 November 2009.. pukul 1 tghhari ketika org solat jumaat di masjid.. sempat juga aku membantu menyediakan barang-barang keperluan untuk jenazah arwah moyang.. semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh

Wednesday, November 4, 2009

Jalan Baru Kuala Pilah - Seremban












Penantian berpuluh tahun penduduk kampungku Kuala Pilah akhirnya terlaksana..
Pembukaan jalan baru yang menghubungkan Kuala Pilah dengan Seremban, ibu negeri N.Sembilan amat dihargai.. Selepas pelbagai kontroversi dan spekulasi berkenaan pembinaan jalan baru itu akhirnya ia siap dibina juga..

Bertahun-tahun penduduk dari selatan negeri Sembilan dan utara negeri Sembilan menggunakan jalan lama yang direntangi selekoh maut.. banyak nyawa terkorban.. aku sendiri pernah jatuh motor di situ.. alhamdulillah masih selamat..

lagi info: click sini